ISI KANDUNGAN : 250ml
HARGA MURAHCHEAP : RM 35
HARGA PASARAN : RM 41
Al-Khaira bermaksud
“yang baik”. Seperti namanya, jus Al-Khaira adalah formulasi istimewa
& unik bermanfaat untuk memelihara keseluruhan kesihatan dan
kesegaran badan. Ia mengandungi 10 ramuan utama yang mana dikatakan
makanan semulajadi yang terbaik di alam ini dan mempunyai banyak
kebaikan. Ianya terdiri dari ekstrak-ekstrak delima, kurma, kismis, buah
tin, badam, aloe vera, centella, madu asli, gamat dan minyak zaitun.
Antara khasiat bahan-bahan ini adalah:
Delima - Salah satu dari
buah yang terawal di dunia (seawal 4000 sebelum Masihi). Al-Quran ada
menyebut delima adalah buah dari taman di syrga (55:68). Ia terus
menjadi lambang kesuburan dan kesihatan. Ada sesetengah pihak menganggap
ia adalah ‘buah ajaib’ kerana dapat membantu imunisasi badan daripada
pelbagai penyakit dan juga kaya dengan antioksida dan nutrisi yang dapat
membantu mengekalkan keremajaan.
Kurma - Kurma
adalah makanan seimbang yang baik untuk penghadaman makanan. Ia mampu
member tenaga kepada badan manusia yang lesu dan baik untuk wanita
sebelum dan selepas bersalin. Khasiatnya adalah tidak terkira dan kaya
dengan serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tumbesaran otot. Ia
dapat membantu penyakit sembelit, penyakit usus dan masalah jantung.
Kismis - Kismis adalah
makanan dan manisan semulajadi, Ia dalah sumber yang baik untuk serat,
vitamin dan mineral seperti vitamin B, kalsium, potassium dan zat besi.
Kismis juga adalah bahan antioksida yang baik untuk melambatkan proses
penuaan. Ada hadis yang menyebut “Sebaik-baik makanan adalah buah zabib
(kismis).” Kismis dikatakan makanan yang baik untuk minda dan memori.
Ia dapat membantu mengurangkan keletihan dan menguatkan urat dan otot.
Buah Tin - Adalah juga
buah terawal sejak 60 Masihi. Buah tin mempunyai kemanisan semulajadi
dan serat yang tinggi yang dapat membantu system pencernaan. Ia
mengandungi vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium dan potassium
yang penting untuk mengawal darah dan tahap kolestrol serta tahap
alkali yang seimbang dalam badan.
Aloe vera - Aloe vera
adalah bahan yang terkenal kerana banyak digunakan dalam bidang
perubatan untuk banyak penyakit seperti kencing manis, meningkatkan
kandungan oksigen dalam darah di badan, mengurangkan kesakitan bengkak
dan arthritis. Di dalam aloe vera terdapat komponen seperti
polysaccharides, mannan dan lectin yang berkesan untuk membaikpulih luka
dan kluit terbakar. Ia juga dapat mencantikkan kulit.
Badam - Kajian ada
menunjukkan badam adalah baik untuk kesihatan dan kaya dengan serat,
vitamin, mineral, antioksida dan phytochemical. Badam juga dikatakan
dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol, bernutrisi, dapat
menguatkan otot dan kecerdasan, mencantikkan dan memutihkan kulit serta
memperbaiki daya penglihatan.
Madu - Selain sebagai
salah satu makanan sunah yang disebut di dalam Al-Quran dan hadith, madu
telah lama digunakan sebagai pemanis asli dan juga untuk mengurangkan
pelbagai penyakit. Juga untuk menambah tenaga dan meningkatkan stamina,
serta menguatkan badan selepas sakit atau ketegangan (stress). Madu juga
dapat menenangkan dan member tidur yang nyenyak, melegakan sakit perut,
melegakan penyakit dan system pernafasan.
Gamat - Gamat adalah
spesis laut terkenal dengan keajaibannya untuk membaikpulih luka dalaman
dan luaran, ulser, sakit dada, sakit tekak, selsema dan kulit terbakar.
Ia banyak digunakan oleh pesakit selepas pembedahan dan wanita selepas
bersalin. Gamat telah diketahui mengandungi sel-sel untuk pertumbuhan
yang baru dalam sel badan tulang, kolagen dan menyegarkan badan serta
melembutkan kulit. Ia kaya dengan chondoritins, mucopolsaccharids dan
lain-lain nutrisi seperti protein, vitamin A, C dan mineral.
Centella Asiatica - Centella juga dipanggil Gotu Kola, Indian Pennywort,
Pegaga dan Brahmi. Centella dapat menyegarkan otak dan system saraf dan
dapat membantu mengekalkan keremajaan dan awet muda. Ia juga dapat
membantu kesegaran badan, melawan rheumatism, mempertingkatkan daya
konsentrasi dan perjalanan darah.
Minyak zaitun -
“Di atas buah tin dan zaitun, dan Gunung Sinai” (Surah Al-Tin, 95:1-2).
Istimewanya buah zaitun sehingga disebut di dalam Al-Quran, menunjukkan
keunikan buah ini. Negara-Negara di sekitar Laut Mediterranean seperti
Greece, Itali dan Sepanyol tahu tentang khasiat minyak zaitun ke atas
tahap kolestrol yang tinggi dalam darah, system pernafasan, penyakit
jantung, sakit telinga, sembelit, sakit perut, kulit yang kering dan
berkedut, serta mengurangkan risiko penyakit batu dalam hempedu.
************************************
CARA PENGAMBILAN
*************************************
1-3 sudu teh untuk kanak-kanak
1-3 sudu besar untuk dewasa sebelum sarapan pagi dan bila perlu.
PERINGATAN :
SIMPAN DI PETI SEJUK SELEPAS DI BUKA.
REFRIGERATE AFTER OPENING
No comments:
Post a Comment